Sun Go Kong amat gagah , senang sekali mengangkat tongkat sakti Ruyi Jingu Bang yang beratnya 13,500 kati (8,100 kg). Sun Go Kong ialah seorang pejuang mahir yang mampu melawan panglima-panglima hebat di kayangan. Dia juga menghafal berbagai mantra untuk menghembuskan angin, membelah air, menyulap lingkaran lindungan dari ancaman setan
Kelahiran dan kehidupan awal
Dilahirkan di Huāguǒ-shān (Cina: 花果山; Gunung Bunga-bunga dan Buah-buahan) daripada seketul batu mitos yang terbentuk oleh daya asal kecamukan, Wukong menyertai sekaum monyet dan kemudian dihormati kerana menemui Shuǐlián-dòng (Cina: 水帘洞; Gua Tabir Air) di belakang sebuah air terjun raksasa. Monyet-monyet yang lain menganugerahinya sebagai raja, dengan Wukong menggelar diri sebagai Měi Hóuwáng (Raja Monyet Kacak). Menyedari bahawa dia masih akan mengalami kematian, walaupun kuasanya ke atas monyet-monyet yang lain, dia berazam untuk mencapai keabadian. Wukong berkelana dengan rakit ke tanah-tanah yang beradab lalu menemui dan menjadi pengikut Bodhi, salah satu bapa Buddhisme/Taoisme. Menerusi penjelajahannya, Wukong juga memperoleh pertuturan dan tingkah laku manusia.[1]Pada mula-mulanya, Bodhi enggan menerima Wukong sebagai pengikut kerana Wukong bukannya manusia. Bagaimanapun, kegigihan dan ketabahan Wukong kemudian menyebabknya tertarik kepada monyet itu. Adalah daripada Bodhi bahawa Wukong menerima nama rasminya, Sun Wukong ("Sun" membayangkan keasalan monyet, dan "Wukong" membawa pengertian sedar akan kekosongan). Tidak lama kemudian, minat dan kecerdasan Wukong menjadikannya salah satu pengikut kesayangan Bodhi. Justera, Bodhi membimbing dan melatihnya sebilangan perbuatan sakti dan Wukong memperoleh kuasa penganjakan bentuk yang dikenali sebagai "72 perubahan". Kemahiran itu yang dikatakan lebih serba boleh dan lebih sukar membenarkan pemiliknya bertukar kepada setiap bentuk kewujudan yang mungkin, termasuk manusia dan barang. Wukong juga belajar perjalanan awan, termasuk teknik Jīndǒuyún (balik kuang awan) yang dapat mencapai 108,000 li (54,000 km) menerusi satu balik kuang. Tambahan lagi, dia juga berupaya mengubah setiap 84,000 bulunya menjadi barang dan makhluk, malahan mengklonkan diri sendiri. Wukong kemudian berasa terlalu angkuh kerana keupayaannya dan mula bercakap berdegar-degar kepada para pengikut yang lain. Ini mengakibatkan Bodhi tidak gembira serta pengusirannya dari kuil Bodhi. Sebelum mereka berpisah, Bodhi mengarahkan Wukong supaya berjanji tidak akan memberitahu sesiapa pun tentang bagaimana dia mendapatkan kuasa tersebut.[1]
Di Huāguǒ-shān, Wukong memantapkan kedudukannya sebagai salah satu syaitan yang paling berkuasa dan terpengaruh di dunia. Untuk mencari senjata yang sesuai, dia menjelajah ke lautan dan memperoleh tongkat Ruyi Jingu Bang. Tongkat itu berupaya mengubah saiz dan mendarabkan diri, serta boleh berlawan mengikut kehendak hati pemilik. Ia pada asalnya digunakan oleh Dà-Yǔ untuk mengukur kedalaman lautan dan kemudian menjadi "Tiang yang Menenangkan Lautan" serta harta karun Ao Guang, "Raja Naga Laut Timur". Beratnya tongkat itu 13,500 kati (8.1 tan). Apabila Wukong mendekatinya, tiang itu mula bersinar demi menandakan bahawa ia telah menjumpai pemiliknya yang benar. Sifat tongkat itu membolehkan Wukong menggunakannya sebagai senjata serta menyimpannya di dalam telinga sebagai jarum jahit. Ini menakutkan makhluk sakti laut serta mengakibatkan huru-hara di laut kerana tiada sebarang lain yang dapat mengawal pasang surut lautan. Selain daripada merampas tongkat sakti itu, Wukong juga menewaskan naga-naga empat laut dalam pertempuran dan memaksa mereka memberikannya baju zirah (鎖子黃金甲), topi berbulu burung phoenix (鳳翅紫金冠 Fèngchìzǐjinguān), serta but yang membolehkan perjalanan di atas awan (藕絲步雲履 Ǒusībùyúnlǚ). Wukong kemudian mengingkari percubaan Neraka untuk mengambil nyawanya. Untuk mengelakkan penjelmaan semula seperti semua makhluk yang lain, dia menghapuskan namanya bersama-sama nama semua monyet yang dikenalinya daripada "Buku Hidup dan Mati". Raja-raja Naga dan Raja-raja Neraka kemudian memutuskan untuk mengadukannya kepada Maharaja Jed di Syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar